CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Terima Kasih Tuhanku......

Assalamualaikum......

Entah mengapa, hati ini kian dihambat oleh "Encik/Puan Sedih'' * menyorok dlm selimut.
Aku sedar, semua ini telah ditentukan oleh Allah. Dan aku pasti segala galanya yang terjadi ini, Allah hanya ingin mengujiku di dalam dunia fana ini.. I need someone who can i talk with, smile with, and everything.. Tapi aku sedar, terlalu banyak yg harus aku korbankan untuk aku mendapatkan keamanan dan kebahagiaan dlm hidup ini.. Walaupun aku terpaksa lalui nya dengan sendiri :)

Aku.. Harus Tabah!  Harus Tabah! Aku harus Tabah dlm menjalani rutin harian ku sebagai Hamba Allah didalam muka bumi ini yg hanya sementara waktu sahaja...  Walaupun agak sukar bagiku yang hanya berumur ** tahun, aku tahu ini adalah cabaran kehidupan ku.. Tanpa sokongan daripada sesipa, aku harus meneruskna perjuangan hidup ku ini..

Tuhan,

Aku lemah dari segala benda. Aku sering diuji oleh mu.. Aku sering tertanya tanya, kenapa harus aku seorang yg kena menggalas tanggungjawab seberat ini dalam usia aku ini? Kenapa aku selalu sedih? kenapa dorang mcm tak suka aku? Kenapa aku tak jadi mcm mereka? Kenapa aku , Allah tak letak sebahagia mereka? Oh ya bila aku sedang merangkak menuju alam kedewasaan ini, aku sudah belajar mcm2 perkara dlm hidup ini..

Baru sekarang aku mengerti...
Allah lakukan segala galanya pasti ada sebab nya. Dan aku juga mengerti, Allah sedang merancang sesuatu yang terbaik buat diriku.. Dan aku juga mengerti, Allah tidak akan senang senangnya memberi hambanya masalah atau disama ertikan sebagai dugaan kehidupan.. Maklumlah, kita kan manusia biasa yang tak pernah lari daripada kesalahan..

Dan yang pasti, Allah telah memilih diriku ini sebagai hambanya yang boleh menggalas segala macam dugaan itu.. YA ALLAh, syukur :) Ustazah ku juga sering mengatakan, bahawa Allah tidak akan memberikan dugaan kepada hambanya luar daripada kemampuan mereka. Aku sedar, Allah menyayangiku.. Aku sedar ya Allah.....


Oh Tuhan ku,

Jika ini yang telah ditentukan oleh mu sejak ku berada didalam perut bondaku, kau tabahkan hati wanita ku ini supaya aku boleh membuat segalanya dengan baik.. Kau lancarkan lah perjalanan kehidupan ku.. Kau ampun kanlah dosa mereka kerana membenci diri ini.. Semoga mereka berada dibawah rahmatmu sentiasa... InsyaAllah. Wallahualam.......