CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jauhi dirimu !

Assalamualaikum sahabat..

Lama tidak menupdate blog ku ini... Biasalah, banyak betul kerja yg perlu diselesaikan.. hmm....  Aku ingin bertanya sesuatu pada kalian semua.. harapharap semua nya berfikiran terbuka ya? Maaf jika terguris hati kalian :)) Bukan niat ku sebenarnya.....

Aku sudah hidup bersama keluarga ku sejak bebelas tahun lamanya... tetapi kenapa mereka tidak "share" apa-apa kepada ku? kenapa mesti ***** aku? hm? Tidak matangkah aku? Subahanallah.. Haaa background rumah ni dengarkanlah suara mak aku marah-marah.. Aku terkilan dengan mak aku....

Aku check tadi sebab dorang mcm menyorok sesuatu daripada aku.. Aku tergerak hati nak tengok apa yg terjadi.. Aku ke bilik dia, angkat je gebar, guess what? NEW HANDFONE.. huhu.. Aku kecewa dengan mereka.. Sanggup belkangkan keluarga, suami sebab nak dapat sesuatu.. Sedih aku Ya Allah.... Tapi aku dah xada geng lagi kat rumah nii..

Dengan siapa lagi aku nak bercerita kalau bukan dengan kau Allah.. *sobsob*.. Entahlah, aku xtawu lagi nak ckp mcm mana.... Puas aku sindir, puas aku merajuk.. Aku xnak dorang berdosa... Tapi aku dah xtaw nak ckp mcm mana.. Nnti msti dorang kata "Kiteorg kawan je'' bal bla blaa... hmm...

Kesian ayahku... Kerja dri pagi smpai malam.. Dari kl ke Melaka.. Tapi belakang dia, kawan dia sendiri tikam dia dari belakang..... Oh! Damn sad ;(   Kesian sgt kat ayahku.... Mereka? Sibuk mengejar kebahgiaan yg entah bila akan dapat... 


Ada 1 hari tuu, Sanggup org tu turun kt 1 kedai makan nii.. Aku cakap terus kat mak.. kalau nak ajk dia makan, bgitaw ayah dulu.. Dia siap marah2 aku bru bgtw.. Aku benciii !!!!!! Tapi hm...... Tiada siapa mengerti... Tiada siapa memahami......


Wallahualam. Jom sama-sama doakan mereka!

Assalamualaikum para pembaca sekalian....

Apa khabar semua? Aku disini mengaharapkan kalian dapat menghabis hari-hari kalian dengan sebaik mungkin.. Maklumlah, kita tinggal didunia ini bukan lah lama sangat punkan.. Tup tup (gaya org tua) kita dah meninggal. Itu sebab selagi diberi kan peluang untuk meneruskan hidup di dalam dunia ini, kita kena gunakan dengan sebaik mungkin.. :)

 Apa khabar Bonda? Ayahanda? Sebenarnya, aku merindui bonda ku yg dahulu. Gentle cakap (cewah), aku sedih dengan semua ini... tapi aku tak tunjukkan semuanya... Bak kata org, simpan jelah dalam hati ini.. Suka/duka yg terjadi dalam hidupku, biarlah aku seorang shj yg tahu.. Nanti nak menggal pon sorang-sorang jee... ye dak??

 Aku... Sedih mengenangkan nasib rakan-rakanku yg ditimpa kecelakaan dlm kehidupan mereka.. yg satu kemalangan.. Yg dua, lari rumah.... Aku tahu, bukan senang untuk lari rumah, meninggalkan keluarga... Juga meninggalkan ibu bapa yg menjaga kita 24Jam tanpa henti... Aku tidak duduk serumah, bukan juga setaman.. tapi melalui riak wajahnya, aku tahu, dia sedang memendam rasa.... 

 Aku terkejut.. menerima panggilan dripada seorang ''mak''.. Menangis hiba menelefon aku lantas menanyakan "******** ada dirumah?" Aku menjawab "Tak ada makcik. kenapa ya?" "Dia lari rumah *sambil menangis*" Aku tersentak.. Oh Tuhan, cubaan apakah ini?? Aku terus menelefon dan menghntr msg kpd nyaa. tetapi, Encik maxis pula yg membals. Dia matikan hp. 

Makcik, saya minta maaf......

Tuhan, macam mana aku nak selesaikan semua ini?? Aku rindu sahabat-sahabat ku... Kembalikan mereka kepangkuan keluarga mereka... Berikan mereka peluang untuk bersama-sama keluarganya.. Kesian mak diaa. Oh ya! Aku rasa, aku macam dpt baca.. Dia takkan mudah untuk melarikan diri jika tidak berlaku sesuatu... 

Ampunkan dosa nya Tuhan.. Temukanlah aku dengan mereka.. Mcm mana aku nak pergi lawat kau syg.. Aku juga berhadapan dgn masalah sekang nii..... Aku sedih sbb tiada siapa yg menyokong ku.. Kalau aku ada lesen kereta, mmg aku dah smpai Hospital... Maafkan aku.....

# Semoga Allah membantu Makcik & Pakcik untuk mencari rakanku.... InsyaAllah. Wallahualam.

Zikir Terapi by Hafiz Hamidun

Assalamualaikum para pembaca sekalian.. 

Apa khabar di malam hari? Harap-harap saudari/saudara sekalian berada di dalam keredhaan Allah sentiasa hendaknya... Aku akan sering mendoakan kalian agar sentiasa berada dibawah rahmatNya.. Apa agaknya yg ingin dibicarakan hari ini ya? huhu......

Aku sering mengingatkan diriku ini.. Agar aku tidak "berubah" menjadi "orang lain" .. Maklumlah, banyak juga kedengaran (radio-radio) rosak (hehee) yg sering mengatakn yg aku ni sering berubah rubah... Subhanallah... Aku sahaja yang mengerti perasaan ku dikala ini.. Apa sahaja yg dilalui oleh diriku ini.. Perubahan apakah yang dimaksudkan itu? Aku juga kurang mengerti.. 

 Tetapi aku tidak mengambil tahu semua itu.. Kerana ini adalah DIRIKU.. Aku tahu apa yang aku lakukan.. dan aku yakin & pasti dengan apa yg dilakukan.. In other hand, TAKDIR ALLAH yg telah menentukan segala galanyaa :) Aku asti, ada jalan keluar untuk segala masalah.... Aku yakin dengan semua yg terjadi ada hikmah disebaliknya..

 Aku sering terfikir.. Dan disebabkan aku sering berfikir, banyak jugalah "ENCIK ALIEN" yang tidak pernah diundang sering menimbul. hehe. Joking... Aku sering menangis kerana aku buntu dengan masalah ku ini... In other hand, aku tak tahu nak selesaikannya sepatah harem..  Orang tua juga ckp, slah satu pengubat masalah adalah dengan menangis.. Orang putih pulak ckp, selepas kita menangis, kita adalah orang yg baru.. Kenapa? Sebab kita adalah orang lain (kuat) untuk menghadapi masalah itu.. 

 Aku juga sering dilanda kesedihan, apabila Hamba Allah ini ingin menumpang kegembiraan dlam keluarga ku ini.. Bukan aku marah, tetapi aku sering lihat ahli keluarga ku ini menunjukkan kelainan dalam dirinya.... Aku juga sering tertanya tnya kenapa mesti dia memilih keluargaku ini? Kurangkah keluarga Bahagia diluar sana? Kenapa harus dia memilih kami? Inilah yg dinamakan cubaan dalam kehidupan ku.. 

Entahlah...

Sukar untuk ku gambarkan, apa yg terjadi.. Aku hnya remaja yg berumur bawahan yg menyukarkan aku untuk berhadapan dengan mereka.. Aku sentiasa berdoa kepada Allah, supaya mereka diberikan cahaya Keimanan yg mantap.. InsyaAllah... Aku yakin, Kuasa Allah amatlah hebat! Tetapi, sampai bilakah harus aku melihat kemungkaran ini? Aku tak nak terlibat sama Tuhan !

 Jika hendak bercakap mengenai soal Agama, aku yakin , dia mengetahui lebih berlipat kali ganda daripada aku.. Tetapi, kenapa mereka tetap melakukan ini? Yang hanya ingin menggembirakan hati masing-masing, tanpa terfikir soal Agama, pasangan, anak-anak.. Kenapa Ya Allah... Adakah dosa seseorang keluar berjalan dengan orang lain tanpa diketahui oleh pasangannya? Dosakah Allah?

 # Hari-hariku, aku tetap laksanakan dengan sebaiknya... Wallahualam .. xoxo 

Terima Kasih Tuhanku......

Assalamualaikum......

Entah mengapa, hati ini kian dihambat oleh "Encik/Puan Sedih'' * menyorok dlm selimut.
Aku sedar, semua ini telah ditentukan oleh Allah. Dan aku pasti segala galanya yang terjadi ini, Allah hanya ingin mengujiku di dalam dunia fana ini.. I need someone who can i talk with, smile with, and everything.. Tapi aku sedar, terlalu banyak yg harus aku korbankan untuk aku mendapatkan keamanan dan kebahagiaan dlm hidup ini.. Walaupun aku terpaksa lalui nya dengan sendiri :)

Aku.. Harus Tabah!  Harus Tabah! Aku harus Tabah dlm menjalani rutin harian ku sebagai Hamba Allah didalam muka bumi ini yg hanya sementara waktu sahaja...  Walaupun agak sukar bagiku yang hanya berumur ** tahun, aku tahu ini adalah cabaran kehidupan ku.. Tanpa sokongan daripada sesipa, aku harus meneruskna perjuangan hidup ku ini..

Tuhan,

Aku lemah dari segala benda. Aku sering diuji oleh mu.. Aku sering tertanya tanya, kenapa harus aku seorang yg kena menggalas tanggungjawab seberat ini dalam usia aku ini? Kenapa aku selalu sedih? kenapa dorang mcm tak suka aku? Kenapa aku tak jadi mcm mereka? Kenapa aku , Allah tak letak sebahagia mereka? Oh ya bila aku sedang merangkak menuju alam kedewasaan ini, aku sudah belajar mcm2 perkara dlm hidup ini..

Baru sekarang aku mengerti...
Allah lakukan segala galanya pasti ada sebab nya. Dan aku juga mengerti, Allah sedang merancang sesuatu yang terbaik buat diriku.. Dan aku juga mengerti, Allah tidak akan senang senangnya memberi hambanya masalah atau disama ertikan sebagai dugaan kehidupan.. Maklumlah, kita kan manusia biasa yang tak pernah lari daripada kesalahan..

Dan yang pasti, Allah telah memilih diriku ini sebagai hambanya yang boleh menggalas segala macam dugaan itu.. YA ALLAh, syukur :) Ustazah ku juga sering mengatakan, bahawa Allah tidak akan memberikan dugaan kepada hambanya luar daripada kemampuan mereka. Aku sedar, Allah menyayangiku.. Aku sedar ya Allah.....


Oh Tuhan ku,

Jika ini yang telah ditentukan oleh mu sejak ku berada didalam perut bondaku, kau tabahkan hati wanita ku ini supaya aku boleh membuat segalanya dengan baik.. Kau lancarkan lah perjalanan kehidupan ku.. Kau ampun kanlah dosa mereka kerana membenci diri ini.. Semoga mereka berada dibawah rahmatmu sentiasa... InsyaAllah. Wallahualam.......